Followers

Saturday, February 25, 2012

Mengatasi masalah putus cinta


Salam blogger. Melupakan kekasih lama bukanlah satu perkara yang senang terutama jika ianya adalah satu perasaan cinta yang sangat tinggi antara kedua-dua lelaki dan wanita tersebut dalam kata lain,cinta sejati. Hubungan kasih sayang,cinta yang pernah dijalinkan dahulu memang agak sukar untuk dilupakan.  Memang sukar untuk kita mencari pengganti yang baru. Kalau ada pun,tidak mustahil perasaan terhadap kekasih lama itu masih ada walaupun sedikit sekiranya cinta yang dialami dahulu ialah cinta sejati.

 Kita harus bersedia menghadapai masalah putus cinta ini apabila ianya berlaku. Kalau dulu, kita sering menghabiskan masa bersama dengan dia. Kita sering berbual-bual dengan mesra melalui telefon Kita sering bermain pesanan ringkas (SMS) setiap hari. Kita sering keluar bersama. Dia menjadi tempat untuk kita meluahkan perasaan. Tapi kini semua sudah berlalu dan kita haruslah tabah menghadapinya. Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah putus cinta ini yang disyorkan oleh kawan-kawan Apeach dan Apeach sendiri. Harap ianya dapat membantu anda.:)

1. Mencari pasangan lain
Dengan mencari pasangan lain, kita pasti boleh melupakan dia sedikit demi sedikit walaupun mengambil masa yang agak lama. Hal ini mungkin sukar bagi wanita kerana wanita adalah jenis yang setia dan sukar untuk lupakan bekas kekasih yang sangat dicintainya.

2. Lupakan kenangan bersama sidia
Jangan diungkit atau difikirkan kembali kenangan dulu yang boleh membuatkan kamu teringat pada dia. Cuba untuk hindarkan diri daripada terus fikirkan dia. Buang segala gambar-gambar,SMS atau barang dia yang ada pada kamu. Mungkin ini agak keterlaluan kerana kita dianggap tidak menghargai pemberiannya,tetapi tindakan ini tidak salah sekiranya benda itu terus membuatkan kita teringat pada dia.

3.Menerima hakikat untuk kehidupan yang berbeza
Selepas berpisah dengan dia, kehidupan memang akan berubah sepenuhnya. Kalau dulu kita sering berbual-bual dengannya,kini kita hanya bercakap sendiri sahaja. Kalau dulu kita sering keluar bersama dengannya,kini kita hanya keluar bersendirian sahaja.Kalau dulu kita sering bermesej-mesej dengan mesra dan meluahkan perasaan padanya,kini kita hanya menunggu mesej dari dia yang tidak akan sampai-sampai dan simpan sendiri perasaan itu. Hal ini memang sering terjadi. Oleh itu,cuba untuk hindarkan dan bersedia untuk menerima hakikat

4.Luahkan perasaan kepada rakan-rakan
Sekiranya kamu mempunyai sesuatu yang hendak diluahkan contohnya perasaan sedih,marah dan sebagainya,jangan cari sidia! Sebaliknya luahkanlah kepada rakan-rakan yang sering berada disisi anda dan juga merupakan penderngar setia anda.

5.Berhenti membandingkan
Jangan sesekali membandingkan situasi anda dengan situasi orang lain. Hal ini hanya akan menyebabkan kedua-dua pihak saling bermusuhkan kerana ia mungkin akan mengundang kemarahan dan menyebabkan sidia bertambah sedih. Jangan sampai bermusuhan dengan dia. Sebaik-baiknya adalah berkawan seperti biasa dengan dia.

6.Fikirkan masa depan
Tiada gunanya terus mengharap pada yang tak sudi. Ibarat bertepuk sebelah tangan. Perbuatan ini cuma akan menyebabkan kita terus bersedih sendiri sedangkan dia disana sedang bergembira. Fikirkanlah masa depan anda. Sekiranya benar dia ialah jodoh kita, pintu hatinya pasti akan terbuka semula suatu hari nanti untuk menerima kita semula. Sekiranya bukan, kita pasti akan mendapat seseorang yang lebih baik daripada dia.

7.Solat bagi yang muslim
Solat adalah cara yang terbaik untuk melupakan sidia. Bermohon kepada Allah S.W.T supaya tabahkan hati kita untuk menerima dugaan yang telah diberikanNya. Membaca Al-Quran boleh membuatkan hati kita berasa tenang dan mendekatkan diri kepadaNya. Amalkan doa ini setelah selesai solat.


Itu sahaja yang Apeach dapat share dengan korang. Akhir sekali nak share kata-kata dari seorang kawan.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita =) "




Read More »

Saturday, February 4, 2012

Kontroversi Khairul Fahmi

Salam blogger. Korang semua mesti kenal Khairul Fahmi kan?Ala. Penjaga gol Malaysia yang makin "hot" sekarang ni. Mesti ramai juga yang tahu Khairul Fahmi bercinta dengan seorang pelajar perempuan UiTM yang juga berasal daripada Kelantan yang bernama Dahlia Teck. Memang jelas sangat dorang bercinta,terutamanya selepas Dahliah Teck membuat kejutan parti harijadi Khairul Fahmi dulu dan melihat dorang bermesra. 


Baru-baru ni, kita semua dikejutkan dengan khabar angin (xtawla betul atau x) yang Khairul Fahmi sudah putus cinta dengan Dahlia Teck untuk bercinta dengan seorang perempuan bernama Leuniey yang juga berasal daripada Kelantan. Apa yang menjadikan cerita ini semakin "hot" ialah perempuan bernama Leuniey yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi ni sudah bertunang, tetapi sanggup memutuskan pertunangannya. Gosip mengatakan bahawa punca dia memutuskan pertunangannya adalah untuk bersama dengan Khairul Fahmi. Huh! Betul atau tidak? Admin sendiri tidak tahu. Seperti biasa, ini hanya khabar angin dan gosip-gosip. Jangan percaya sepenuhnya. Mari kita lihat perkembangan dan kontroversi penjaga gol negara, Khairul Fahmi ni.

1. Kisah pertunangan Khairul Fahmi dengan JejariRuncing. Admin rasa JejariRuncing ini lebih sesuai dengan Khairul Fahmi.xD
2. Bercinta dengan Dahlia Teck. Buat surprised party and all. Khairul Fahmi seems in love with her so much!
3. Tak lama lepas tu, keluar gambar mesra Apek dengan seorang minah montok dalam internet.
\
4. Sekarang dengan Leuniey, perempuan sudah bertunang tapi putus, jaga butik pengantin. – kalau gossip ini betul la.
Credit to : Tokobakso
P/S : Forever alone.T_T
Read More »

Friday, February 3, 2012

L.O.V.E

Salam blogger. Apeach sedang merajinkan diri untuk mengupdate entri yang bukan-bukan ni. Biasalah,nak ambil hati Encik Nuffnang.Dari dulu lagi berkenalan dengan Encik Nuffnang ni,tapi kenapala engkau kedekut sangat Encik Nuffnang ooiii!!!Jom layan~

L.O.V.E atau lebih dikenali sebagai CINTA. Semua orang pernah merasai perasaan cinta ni. Perasaan cinta ni ada banyak jenis. Cinta terhadap binatang, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap rakan-rakan dan cinta terhadap pasangan. Kalau korang xada perasaan cinta ni, maksudnya korang x normalla tu. Hehe

LOVE

Cinta terhadap binatang

Cinta terhadap keluarga

Cinta terhadap rakan-rakan

Perasaan cinta ialah satu perasaan sayang yang datang dari dalam hati kita. Bagi binatang,keluarga dan rakan-rakan,perasaan cinta diistilahkan sebagai perasaan sayang antara satu sama lain. Bagi pasangan pula(lelaki dan perempuan),perasaaan cinta ni ialah satu perasaan sayang yang datang dari dalam hati kita,percayakan dia,ambil berat tentang dia,sedia berkorban apa sahaja untuk dia,sanggup berubah untuk dia,sedia mendengar segala luahan hati dia,sentiasa teringatkan dia,tidak kisah tentang keburukan dia,boleh menerima dia seadanya dan saling suka antara satu sama lain.(Berdasarkan pengalaman Apeachla.^^)


Cinta terhadap pasangan

Perasaan cinta ni akan datang dengan sendirinya apabila tiba masa yang sesuai. Cinta tidak mengenal agama,kaum,status,taraf dan jantina. Jadi, bersiap sedialah menerima apa saja yang berlaku bila korang diserang perasaan cinta ni,terutamanya putus cinta.>.< .Ok setakat tu saja nak share dengan korang. Enjoy gambar dibawah.Sekian~






P/S : I miss you!!!!!!!!!!!!
Read More »

Thursday, February 2, 2012

Menghina Sabah?

Salam blogger. Hari ini, ada isu panas di Facebook & Twitter tentang seorang gadis yang menghina negeri Sabah. Cuba tengok gambar dibawah ni.



Kebanyakan orang mesti marah dan mmemaki  gadis  tu bila nampak status macam ni kan terutama orang Sabah. Well,Apeach sendiri juga fikir buruk tentang  gadis  ini setelah nampak status ni. Tapi,pernahkah korang terfikir samaada perkara ini benar atau tidak? Sebelum tu,cuba tengok gambar-gambar dibawah.





Apa pendapat korang setelah nampak gambar-gambar tersebut? Ternyata, kita sudah tersalah sangka terhadap  gadis  tersebut. Oleh itu, jangan buat kesimpulan berdasarkan sekali pandang sahaja. Renung-rengunkanlah.^_^

P/S :  Apeach memang marah juga bila nampak status girl tu. Macam nak terajang pun ada.Hahah!



Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...