Followers

Tuesday, June 10, 2014

Pengalaman Sebagai Pelajar Multimedia

Assalamualaikum


Selamat pagi kawan-kawan. Entri kali ini aku buat sebab baru-baru ini ada 3-4 orang kawan blogger yang tanya pasal Multimedia ini. Ok entri ini khas untuk korang. Sila beri perhatian. Cikgu nak mengajar ni. Hahah :p.Okey. Aku cerita sedikit tentang macamana aku boleh dapat kos Multimedia ni,

Aku pelajar akaun. Dari sekolah menengah aku belajar akaun. Minat sangat dekat subjek ni. Then dapat tawaran masuk Kolej Matrikulasi Labuan (KML) subjek akaun jugak. Rasa bersyukur sangat. Selepas habis setahun di KML, aku buat keputusan untuk ambil subjek Akaun di Universiti Malaysia Sabah (UMS). UMS jadi pilihan pertama aku semasa buat pemilihan universiti tu. Selepas 2/3 bulan tunggu keputusan, aku xdapat UMS tu. Sebaliknya dapat UTeM dengan kos Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ( Media Interaktif). Masa tu aku memang sangat kecewa, tapi apakan daya. Semuanya Allah dah tetapkan. Kun fayakun. Aku reda dan yakin pasti ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi. 

Ni aku share sikit gambar masa dekat KML. Bersama roomate di hostel. Cuba teka aku yang mana? Hahah!

Beberapa bulan selepas tu, aku menjejakkan kaki ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bermulanya satu cerita baru dalam hidup aku sebagai seorang mahasiswa selama 3 tahun. Macam-macam pengalaman manis dan pahit aku alami. Disana, aku bertemu kawan-kawan yang sangat memahami, kawan-kawan yang mengajar erti persahabatan, kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan. Terima kasih sangat kawan2. Ukhwah fillah selamanya :). 

Inilah antara kawan-kawan dan classmate aku sepanjang berada di UTeM. Rindunyaaa T_T


Exam pertama di UTeM di dewan besar. Bergambar seolah2 dekat oversea.Hahah!


Jamuan raya UTeM


Lawatan BITM


BITM Dinner Night

Tu lah antara gambar dan pengalaman semasa di UTeM. Eh hampir keluar topik. Excited sangat nak share cerita di UTeM. Hahah. Ok berbalik kepada topik asal. Pengalaman sebagai pelajar Multimedia. Apa yang aku belajar dalam Multimedia ni? Aku belajar macam-macam. Aku belajar programming seperti C++, Java, SQL. Tapi yang ini bukan subjek teras dalam Multimedia. Xsemua universiti menawarkan subjek Multimedia yang ada programming (rasanya). So kira beruntung jugakla boleh belajar benda lain.hehe. Selain programming, aku juga belajar tentang computer security, subjek matematik, hubungan etnik dan lain-lain subjek lagi.


Salah satu aktiviti dialam lab. Buka dan pasang komputer. Ni buat-buat terer jaa.hahah

Subjek utama dalam Multimedia yang aku minat ialah, Animation, Graphic Design, dan Audio Video. Animation, atau dalam bahasa Melayu, animasi, sangat best! Ada dua jenis animasi. 2D dan 3D. 2D tu macam cerita Doraemon, Justice League dan kartun-kartun yang hanya berunsurkan 2 dimensi. 3D pulak ialah kartun yang hampir real atau berunsurkan 3dimensi seperti Upin-Ipin,Boboiboy dan The Croods. Mesti korang pernah dengar pasal semua kartun tu kan. Dekat UTeM tu kami diajar macamana nak buat macam kartun-kartun 2D dan 3D tu. Tu yang aku cakap sangat best. Hehe.


Ini Projek Sarjana Muda atau FYP aku. 3D Taekwondo. Tapi animasi xpower sangat.Hahah

Lepas tu aku belajar tentang audio dan video. Yang ni pun boleh tahan best jugak. Pensyarah UTeM ajar kami macamana nak edit video menggunakan software video editor yang diorang suggest untuk kita guna. Seperti Adobe After Effect dan Adobe Premiere. Kalau korang boleh menguasai software ni dan ada idea untuk buat filem yang bagus, Alhamdulillah memang senang mencari rezeki. Hehe. Semasa tahun 2 dekat UTeM, aku ambil subjek Bengkel 2. Task subjek ni ialah buat satu video yang ada unsur 2D/3D. So, selama 6 bulan, aku dan kawan-kawan berusaha menyiapkan video. Sepanjang buat video, kitaorang menjadi semakin rapat. Yang xkenal jadi kenal. Benci jadi sayang. Eh? Hahaha. Ni gambar sepanjang shooting untuk menyiapkan video bengkel 2 :)

Selepas present Bengkel 2. Bersama kakak-kakak senior yang comel dan cantik :)


Pinjam anak orang untuk jadi pelakon. Hahaha

My group untuk Bengkel 2. Semua sporting dan baik. Enjoy sangat dengan korang. Thanks :)

Last sekali belajar design. Pensyarah ajar kitaorang edit gambar guna Adobe Photoshop. Ajar buat design dan logo guna Adobe Illustrator. So bagi kawan-kawan blogger yang suka buat doodle, edit blog dan buat kartun tu, boleh guna software-software tu. Hehe

Panjang lebar cerita. Kalau boleh nak cerita panjang lagi, tapi takut korang boring pulak. Hahahah.
So, kepada kawan-kawan blogger, Ana Lee, Hafiz doakan semoga Ana dapat IPG tu. Incase tiba-tiba Ana berminat dan nak ambil semula Multimedia tu, bolehlah taw sikit2 tentang Multimedia ni kan. Dan kepada WawaSiara Elina dan kawan-kawan blogger yang lain yang berminat pasal Multimedia ni, boleh baca dekat sini. Nak bagi korang jeles ni (sorry gurau). Hahaha. Sekian sampai disini. Maaf aku xterer buat ayat. Heheh. Jumpa di entri akan datang. :)

21 comments:

  1. Wahh bestnya subjek2 kos ni. Bole buat animasi sendiri hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bessttt. Mula2 dulu ingatkan xbest. Lepas dah ambil belajar, baru terasa bestnya.hehe :)

      Delete
  2. bestnya lah Hafiz T_T saya mula minat multimedia sejak saya ambik subjek ICT masa form 4 and form 5.. tapi masa saya masuk form 6, subjek ICT tidak ditawarkan. memang kecewa sakan saya masa tuu. btw, seronok sangat baca pengalaman Hafiz =) thanks sebab sudi share ^^ (saya jeles nie T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka. skrg ambil kos apa? xapa. mungkin rezeki dibidang lain kan. hehe. its okey. sharing is caring. ^_^

      Delete
  3. ehem! sebenarnya wawa tak jeles pongg :P werkk!! sebab masa wawa form 4 & form 5, wawa sekolah vokasional n ambil kos Pengaturcaraan Komputer (PKOM).. C++ & java tu wawa dah belajar masa form 5 tau.. kau haderr? haha.. paling benci subject Fundalmental Of Programming (FOP) sebab ada C++ benci sebab x suka hafal coding tuh! grr.. ok bye! HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah form 4 & 5 da belajar programming? hebat!. Senang je la programming tu. kacang.hahahahah. :p

      Delete
    2. yea senang. senang smpai nak gle sbb coding error pun bole.hahaha

      Delete
  4. Ala.. Sambung lagi ^^ hihi Saya ni pun bakal menjadi budak multimedia nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yake.dekat mana? amek kos ape? hehe bnyk tnya pula.xpa nanti klu nak taw pape boleh tnya hafiz :D

      Delete
  5. ohhhhh.. hahaha. Terimakasihhh banyak banyak banyak xD

    ReplyDelete
  6. wah......ingat saya nak ambik kos sains komputer..huhu sangat confuse ni...huhu....sbb kos yang ditawarkan kat uia ialah kejuruteraan dan sains komputer..ingat kejuruteraan dan sains komputer ni bergabung rupanya tak...hoho..tu la confuse nak pilih....so apa pendapat encik hafiz?? heheh

    ReplyDelete
  7. sy pnah dpt tempat lain dan tak dpt apa yg sy nak. mmg kecewa. tapi tak lama2, sy nampak apa hikmahnya and im happy for that.
    mngkin, you're feeling the same thing kot? hehe =')

    moga terus sukses ya brother! ;') (Y)

    ReplyDelete
  8. bw here , yeahhh , saya dpt kos ni jgak . cmna nak contact abg (fb) nak tahu sgt kos ni cana . saya tak tahu . leh share sikit sblom sya msok ni . fb nur afyqah (nfiqha) . tq .

    ReplyDelete
  9. saya bakal ambik course ni..inshaAllah..nnti nak tnye byk bende...bole??ni fb saya..atiqahsuje...

    ReplyDelete
  10. Hye nk tanye.. Kos nie mmg untuk org yg pandai lukis je ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh xla. semua yang berminat boleh je amek. :)

      Delete
  11. abg, kos Multimedia kt unikl okay tak? rasa-rasa sesuai tak dgn saya yg suka komputer dan design ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsurela. sbb xsemua kos Multimedia ni sama. xsure ada design atau x. Try tengok kos2 yang dia offer. Atau try tanya senior2 kat situ. Tapi rasanya ada kot. Kalau dah minat, amek je. Xmenyesal pun. Goodluck! :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...