Followers

Wednesday, June 11, 2014

Wordless Wednesday #1 Jadual Piala Dunia 2014 - World Cup 2014 Brazil

Assalamualaikum.

Tahun ni aku sokong Spain. Go Spain! Korang sokong apa pulak? Jom share team korang.


Read More »

Tuesday, June 10, 2014

Pengalaman Sebagai Pelajar Multimedia

Assalamualaikum


Selamat pagi kawan-kawan. Entri kali ini aku buat sebab baru-baru ini ada 3-4 orang kawan blogger yang tanya pasal Multimedia ini. Ok entri ini khas untuk korang. Sila beri perhatian. Cikgu nak mengajar ni. Hahah :p.Okey. Aku cerita sedikit tentang macamana aku boleh dapat kos Multimedia ni,

Aku pelajar akaun. Dari sekolah menengah aku belajar akaun. Minat sangat dekat subjek ni. Then dapat tawaran masuk Kolej Matrikulasi Labuan (KML) subjek akaun jugak. Rasa bersyukur sangat. Selepas habis setahun di KML, aku buat keputusan untuk ambil subjek Akaun di Universiti Malaysia Sabah (UMS). UMS jadi pilihan pertama aku semasa buat pemilihan universiti tu. Selepas 2/3 bulan tunggu keputusan, aku xdapat UMS tu. Sebaliknya dapat UTeM dengan kos Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ( Media Interaktif). Masa tu aku memang sangat kecewa, tapi apakan daya. Semuanya Allah dah tetapkan. Kun fayakun. Aku reda dan yakin pasti ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi. 

Ni aku share sikit gambar masa dekat KML. Bersama roomate di hostel. Cuba teka aku yang mana? Hahah!

Beberapa bulan selepas tu, aku menjejakkan kaki ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bermulanya satu cerita baru dalam hidup aku sebagai seorang mahasiswa selama 3 tahun. Macam-macam pengalaman manis dan pahit aku alami. Disana, aku bertemu kawan-kawan yang sangat memahami, kawan-kawan yang mengajar erti persahabatan, kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan. Terima kasih sangat kawan2. Ukhwah fillah selamanya :). 

Inilah antara kawan-kawan dan classmate aku sepanjang berada di UTeM. Rindunyaaa T_T


Exam pertama di UTeM di dewan besar. Bergambar seolah2 dekat oversea.Hahah!


Jamuan raya UTeM


Lawatan BITM


BITM Dinner Night

Tu lah antara gambar dan pengalaman semasa di UTeM. Eh hampir keluar topik. Excited sangat nak share cerita di UTeM. Hahah. Ok berbalik kepada topik asal. Pengalaman sebagai pelajar Multimedia. Apa yang aku belajar dalam Multimedia ni? Aku belajar macam-macam. Aku belajar programming seperti C++, Java, SQL. Tapi yang ini bukan subjek teras dalam Multimedia. Xsemua universiti menawarkan subjek Multimedia yang ada programming (rasanya). So kira beruntung jugakla boleh belajar benda lain.hehe. Selain programming, aku juga belajar tentang computer security, subjek matematik, hubungan etnik dan lain-lain subjek lagi.


Salah satu aktiviti dialam lab. Buka dan pasang komputer. Ni buat-buat terer jaa.hahah

Subjek utama dalam Multimedia yang aku minat ialah, Animation, Graphic Design, dan Audio Video. Animation, atau dalam bahasa Melayu, animasi, sangat best! Ada dua jenis animasi. 2D dan 3D. 2D tu macam cerita Doraemon, Justice League dan kartun-kartun yang hanya berunsurkan 2 dimensi. 3D pulak ialah kartun yang hampir real atau berunsurkan 3dimensi seperti Upin-Ipin,Boboiboy dan The Croods. Mesti korang pernah dengar pasal semua kartun tu kan. Dekat UTeM tu kami diajar macamana nak buat macam kartun-kartun 2D dan 3D tu. Tu yang aku cakap sangat best. Hehe.


Ini Projek Sarjana Muda atau FYP aku. 3D Taekwondo. Tapi animasi xpower sangat.Hahah

Lepas tu aku belajar tentang audio dan video. Yang ni pun boleh tahan best jugak. Pensyarah UTeM ajar kami macamana nak edit video menggunakan software video editor yang diorang suggest untuk kita guna. Seperti Adobe After Effect dan Adobe Premiere. Kalau korang boleh menguasai software ni dan ada idea untuk buat filem yang bagus, Alhamdulillah memang senang mencari rezeki. Hehe. Semasa tahun 2 dekat UTeM, aku ambil subjek Bengkel 2. Task subjek ni ialah buat satu video yang ada unsur 2D/3D. So, selama 6 bulan, aku dan kawan-kawan berusaha menyiapkan video. Sepanjang buat video, kitaorang menjadi semakin rapat. Yang xkenal jadi kenal. Benci jadi sayang. Eh? Hahaha. Ni gambar sepanjang shooting untuk menyiapkan video bengkel 2 :)

Selepas present Bengkel 2. Bersama kakak-kakak senior yang comel dan cantik :)


Pinjam anak orang untuk jadi pelakon. Hahaha

My group untuk Bengkel 2. Semua sporting dan baik. Enjoy sangat dengan korang. Thanks :)

Last sekali belajar design. Pensyarah ajar kitaorang edit gambar guna Adobe Photoshop. Ajar buat design dan logo guna Adobe Illustrator. So bagi kawan-kawan blogger yang suka buat doodle, edit blog dan buat kartun tu, boleh guna software-software tu. Hehe

Panjang lebar cerita. Kalau boleh nak cerita panjang lagi, tapi takut korang boring pulak. Hahahah.
So, kepada kawan-kawan blogger, Ana Lee, Hafiz doakan semoga Ana dapat IPG tu. Incase tiba-tiba Ana berminat dan nak ambil semula Multimedia tu, bolehlah taw sikit2 tentang Multimedia ni kan. Dan kepada WawaSiara Elina dan kawan-kawan blogger yang lain yang berminat pasal Multimedia ni, boleh baca dekat sini. Nak bagi korang jeles ni (sorry gurau). Hahaha. Sekian sampai disini. Maaf aku xterer buat ayat. Heheh. Jumpa di entri akan datang. :)

Read More »

Thursday, June 5, 2014

Mengenal Autodesk Maya

Assalamualaikum

Selamat malam. Alhamdulillah datang juga mood untuk buat entri kedua ditahun 2014 ni. Hahah. Kali ni aku nak share pasal salah satu software yang korang boleh guna untuk buat 3D animation ataupun 3D modelling, iaitu Autodesk Maya. Pernah dengar pasal software ni x? Software ni merupakan salah satu software yang paling popular digunakan untuk membuat 3D animation pada masa kini selain daripada beberapa software yang lain seperti Blender, 3DSMax dan Cinema4D. Xtahu apa itu 3D? Ok contoh cartoon 3D ialah The Croods, Upin Ipin dan Boboiboy. Contoh cartoon 2D ataupun cartoon biasa ialah Justice League, doraemon dan detective conan. Dari situ rasanya korang dah boleh nampak perbezaannya kan? 


Ini ialah cartoon the croods. Bagi aku, ini merupakan 3D animation yang paling TERBAIK setakat ini. Wajib tengok. hehe

Ini pula doraemon dalam 2D. Salah satu cerita yang best jugak. Tapi xlama lagi akan ada doraemon versi 3D pulak. Can't wait!


Ok sekarang jom tengok salah satu software yang boleh digunakan untuk membuat 3D animasi tu. Memperkenalkan, Autodesk Maya.


Ini ialah Autodesk Maya 2014

Version terbaru Autodesk Maya ialah Autodesk Maya 2015. Tapi aku suggest kalau nak guna, guna 2014 punya. License boleh dapat dengan cara mendaftar dilaman web Autodesk. Nanti diorang akan bagi serial number untuk mengaktifkan software tu. Jom tengok apa yang ada dalam Autodesk Maya ni.

Ini ialah laman utama Autodesk Maya 2014. Macam-macam korang boleh buat kalau berjaya menguasai software ni. 

Office equipment. Ini 3D model yang pernah aku buat menggunakan software ni. Untuk assignment Virtual Reality masa dekat UTeM. Model ni disiapkan dengan bantuan 3orang kawan aku yang lain.

Dan inilah hasilnya selepas dirender. Heheh. 

Aku malas nak tunjuk cara buat. Sebab agak lama jugak. Kalau guna video senang sikit. Hahah. Tapi xpa. Next entri aku akan ajar basic tools didalam software ni. So, apa pendapat korang tentang Autodesk Maya ni? Awesome kan. Bagi aku sebagai seorang pelajar Multimedia, ianya memang sangat awesome. Sekarang ni aku dan kawan-kawan sedang menyiapkan satu projek "RAHSIA" yang dijangka boleh mengalahkan Upin Ipin. (kononnya). Hahah! Doakan aku dan kawan-kawan aku. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, x begitu? ;). Itu saja untuk entri kali ini. Andai ada tersilap kata, maafkan aku. See you later. Assalamualaikum =D

Read More »

Monday, June 2, 2014

I'm back

Assalamualaikum

I'm back. Itulah kata-kata pertama yang dapat aku katakan. Setelah 2 tahun menyepi dari dunia blogging, akhirnya kembali juga ke sini. Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah, kalau x kenasi. (xda kaitan). Hehe. Rasa macam xpercaya pula tiba-tiba tergerak hati untuk buka blog ini. Sebelum ni aku ada domain, tapi dah xaktif da sebab xbayar. Hahah!. InsyaAllah selepas ini akan bergiat kembali dalam dunia blogging ni. Kepada kawan-kawan blogging yang lain, Nad, Fatin, Fakrul, Mizi dan lain2, siap sedia serangan blogwalking dari aku lepas ni. Hahah. Itu saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi di entri akan datang.



Admin yang latest. Rindu wajah budak-budak yang comel dulu. Hahaha

Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...