Followers

Saturday, February 25, 2012

Mengatasi masalah putus cinta


Salam blogger. Melupakan kekasih lama bukanlah satu perkara yang senang terutama jika ianya adalah satu perasaan cinta yang sangat tinggi antara kedua-dua lelaki dan wanita tersebut dalam kata lain,cinta sejati. Hubungan kasih sayang,cinta yang pernah dijalinkan dahulu memang agak sukar untuk dilupakan.  Memang sukar untuk kita mencari pengganti yang baru. Kalau ada pun,tidak mustahil perasaan terhadap kekasih lama itu masih ada walaupun sedikit sekiranya cinta yang dialami dahulu ialah cinta sejati.

 Kita harus bersedia menghadapai masalah putus cinta ini apabila ianya berlaku. Kalau dulu, kita sering menghabiskan masa bersama dengan dia. Kita sering berbual-bual dengan mesra melalui telefon Kita sering bermain pesanan ringkas (SMS) setiap hari. Kita sering keluar bersama. Dia menjadi tempat untuk kita meluahkan perasaan. Tapi kini semua sudah berlalu dan kita haruslah tabah menghadapinya. Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah putus cinta ini yang disyorkan oleh kawan-kawan Apeach dan Apeach sendiri. Harap ianya dapat membantu anda.:)

1. Mencari pasangan lain
Dengan mencari pasangan lain, kita pasti boleh melupakan dia sedikit demi sedikit walaupun mengambil masa yang agak lama. Hal ini mungkin sukar bagi wanita kerana wanita adalah jenis yang setia dan sukar untuk lupakan bekas kekasih yang sangat dicintainya.

2. Lupakan kenangan bersama sidia
Jangan diungkit atau difikirkan kembali kenangan dulu yang boleh membuatkan kamu teringat pada dia. Cuba untuk hindarkan diri daripada terus fikirkan dia. Buang segala gambar-gambar,SMS atau barang dia yang ada pada kamu. Mungkin ini agak keterlaluan kerana kita dianggap tidak menghargai pemberiannya,tetapi tindakan ini tidak salah sekiranya benda itu terus membuatkan kita teringat pada dia.

3.Menerima hakikat untuk kehidupan yang berbeza
Selepas berpisah dengan dia, kehidupan memang akan berubah sepenuhnya. Kalau dulu kita sering berbual-bual dengannya,kini kita hanya bercakap sendiri sahaja. Kalau dulu kita sering keluar bersama dengannya,kini kita hanya keluar bersendirian sahaja.Kalau dulu kita sering bermesej-mesej dengan mesra dan meluahkan perasaan padanya,kini kita hanya menunggu mesej dari dia yang tidak akan sampai-sampai dan simpan sendiri perasaan itu. Hal ini memang sering terjadi. Oleh itu,cuba untuk hindarkan dan bersedia untuk menerima hakikat

4.Luahkan perasaan kepada rakan-rakan
Sekiranya kamu mempunyai sesuatu yang hendak diluahkan contohnya perasaan sedih,marah dan sebagainya,jangan cari sidia! Sebaliknya luahkanlah kepada rakan-rakan yang sering berada disisi anda dan juga merupakan penderngar setia anda.

5.Berhenti membandingkan
Jangan sesekali membandingkan situasi anda dengan situasi orang lain. Hal ini hanya akan menyebabkan kedua-dua pihak saling bermusuhkan kerana ia mungkin akan mengundang kemarahan dan menyebabkan sidia bertambah sedih. Jangan sampai bermusuhan dengan dia. Sebaik-baiknya adalah berkawan seperti biasa dengan dia.

6.Fikirkan masa depan
Tiada gunanya terus mengharap pada yang tak sudi. Ibarat bertepuk sebelah tangan. Perbuatan ini cuma akan menyebabkan kita terus bersedih sendiri sedangkan dia disana sedang bergembira. Fikirkanlah masa depan anda. Sekiranya benar dia ialah jodoh kita, pintu hatinya pasti akan terbuka semula suatu hari nanti untuk menerima kita semula. Sekiranya bukan, kita pasti akan mendapat seseorang yang lebih baik daripada dia.

7.Solat bagi yang muslim
Solat adalah cara yang terbaik untuk melupakan sidia. Bermohon kepada Allah S.W.T supaya tabahkan hati kita untuk menerima dugaan yang telah diberikanNya. Membaca Al-Quran boleh membuatkan hati kita berasa tenang dan mendekatkan diri kepadaNya. Amalkan doa ini setelah selesai solat.


Itu sahaja yang Apeach dapat share dengan korang. Akhir sekali nak share kata-kata dari seorang kawan.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita =) "




Read More »

Saturday, February 4, 2012

Kontroversi Khairul Fahmi

Salam blogger. Korang semua mesti kenal Khairul Fahmi kan?Ala. Penjaga gol Malaysia yang makin "hot" sekarang ni. Mesti ramai juga yang tahu Khairul Fahmi bercinta dengan seorang pelajar perempuan UiTM yang juga berasal daripada Kelantan yang bernama Dahlia Teck. Memang jelas sangat dorang bercinta,terutamanya selepas Dahliah Teck membuat kejutan parti harijadi Khairul Fahmi dulu dan melihat dorang bermesra. 


Baru-baru ni, kita semua dikejutkan dengan khabar angin (xtawla betul atau x) yang Khairul Fahmi sudah putus cinta dengan Dahlia Teck untuk bercinta dengan seorang perempuan bernama Leuniey yang juga berasal daripada Kelantan. Apa yang menjadikan cerita ini semakin "hot" ialah perempuan bernama Leuniey yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi ni sudah bertunang, tetapi sanggup memutuskan pertunangannya. Gosip mengatakan bahawa punca dia memutuskan pertunangannya adalah untuk bersama dengan Khairul Fahmi. Huh! Betul atau tidak? Admin sendiri tidak tahu. Seperti biasa, ini hanya khabar angin dan gosip-gosip. Jangan percaya sepenuhnya. Mari kita lihat perkembangan dan kontroversi penjaga gol negara, Khairul Fahmi ni.

1. Kisah pertunangan Khairul Fahmi dengan JejariRuncing. Admin rasa JejariRuncing ini lebih sesuai dengan Khairul Fahmi.xD
2. Bercinta dengan Dahlia Teck. Buat surprised party and all. Khairul Fahmi seems in love with her so much!
3. Tak lama lepas tu, keluar gambar mesra Apek dengan seorang minah montok dalam internet.
\
4. Sekarang dengan Leuniey, perempuan sudah bertunang tapi putus, jaga butik pengantin. – kalau gossip ini betul la.
Credit to : Tokobakso
P/S : Forever alone.T_T
Read More »

Friday, February 3, 2012

L.O.V.E

Salam blogger. Apeach sedang merajinkan diri untuk mengupdate entri yang bukan-bukan ni. Biasalah,nak ambil hati Encik Nuffnang.Dari dulu lagi berkenalan dengan Encik Nuffnang ni,tapi kenapala engkau kedekut sangat Encik Nuffnang ooiii!!!Jom layan~

L.O.V.E atau lebih dikenali sebagai CINTA. Semua orang pernah merasai perasaan cinta ni. Perasaan cinta ni ada banyak jenis. Cinta terhadap binatang, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap rakan-rakan dan cinta terhadap pasangan. Kalau korang xada perasaan cinta ni, maksudnya korang x normalla tu. Hehe

LOVE

Cinta terhadap binatang

Cinta terhadap keluarga

Cinta terhadap rakan-rakan

Perasaan cinta ialah satu perasaan sayang yang datang dari dalam hati kita. Bagi binatang,keluarga dan rakan-rakan,perasaan cinta diistilahkan sebagai perasaan sayang antara satu sama lain. Bagi pasangan pula(lelaki dan perempuan),perasaaan cinta ni ialah satu perasaan sayang yang datang dari dalam hati kita,percayakan dia,ambil berat tentang dia,sedia berkorban apa sahaja untuk dia,sanggup berubah untuk dia,sedia mendengar segala luahan hati dia,sentiasa teringatkan dia,tidak kisah tentang keburukan dia,boleh menerima dia seadanya dan saling suka antara satu sama lain.(Berdasarkan pengalaman Apeachla.^^)


Cinta terhadap pasangan

Perasaan cinta ni akan datang dengan sendirinya apabila tiba masa yang sesuai. Cinta tidak mengenal agama,kaum,status,taraf dan jantina. Jadi, bersiap sedialah menerima apa saja yang berlaku bila korang diserang perasaan cinta ni,terutamanya putus cinta.>.< .Ok setakat tu saja nak share dengan korang. Enjoy gambar dibawah.Sekian~






P/S : I miss you!!!!!!!!!!!!
Read More »

Thursday, February 2, 2012

Menghina Sabah?

Salam blogger. Hari ini, ada isu panas di Facebook & Twitter tentang seorang gadis yang menghina negeri Sabah. Cuba tengok gambar dibawah ni.



Kebanyakan orang mesti marah dan mmemaki  gadis  tu bila nampak status macam ni kan terutama orang Sabah. Well,Apeach sendiri juga fikir buruk tentang  gadis  ini setelah nampak status ni. Tapi,pernahkah korang terfikir samaada perkara ini benar atau tidak? Sebelum tu,cuba tengok gambar-gambar dibawah.





Apa pendapat korang setelah nampak gambar-gambar tersebut? Ternyata, kita sudah tersalah sangka terhadap  gadis  tersebut. Oleh itu, jangan buat kesimpulan berdasarkan sekali pandang sahaja. Renung-rengunkanlah.^_^

P/S :  Apeach memang marah juga bila nampak status girl tu. Macam nak terajang pun ada.Hahah!



Read More »

Tuesday, January 31, 2012

Header Percuma Dari Cik Diana

Salam blogger. Korang sihat x? Hehe. Kali ni Apeach nak tunjukkan header baru Apeach ni. Tengokla kat atas tu. Cool x?hahah. Kalau x cool bagi korang, tapi bagi Apeach sangat COOL ok! Header ni bukannya Apeach buat sendiri pun. Nak tahu x cmana Apeach boleh dapat header cool ni. Hehe. Ok. Ceritanya macam ni. Sedang Apeach sibuk bermain FACEBOOK , Apeach ternampak status ni.


Dengan lajunya Apeach minta tolong buat header untuk blog Apeach ni. Free lagi tu! Tapi, tempoh free ni hanya seminggu sahaja. Lepas ni mungkin akan dikenakan caj sebanyak RM 3. Lebih murah berbanding kebanyakan blog yang menjual dengan harga sebanyak RM 5. So, korang tunggu apa lagi? Murah saja. Hanya dengan RM 3, korang dah boleh dapat header yang cun-cun macam ni. Cuba tengok gambar di bawah ni.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Ini adalah contoh-contoh header yang dibuat oleh cik Diana. Semuanya cantik bagi Apeach. Tapi Gambar 1 tu yang menjadi pilihan Apeach. Hehe. Kalau  korang berminat nak buat tempahan header dengan cik Diana   ,korang bagitawla dia sendiri. Ni Apeach bagi link blog cik Diana .


P/S : Kepada cik Diana , thanx sangat untuk header yang cool ni. Sory kalau susah-susahkan cik Diana. xD

Read More »

Saturday, January 28, 2012

Tarikah Kiamat?

Salam blogger. Sebelum ni,korang mesti pernah dengarkan kebanyakan orang mengatakan dunia akan kiamat pada 2012. Para saintis jugak meramalkan matahari akan pecah pada 2012. Korang percaya?Kalau admin ni, memang x percaya langsung. Banyak orang yang percaya. Sehinggakan ada 1 agensi yang menawarkan tiket berpindah ke planet lain.Hahah! Nak pindah ke mana lagi?Ada ka planet selain planet bumi ni yang manusia boleh tinggal. Setahu admin, hanya bumi saja yang boleh didiami oleh manusia. Xtawla pula kalau dorang ni terjumpa planet baru dan merahsiakan dari semua pihak. Korang cuba tengok di bawah ni.


Sistem Suria

Sepertimana yang kita tahu,setiap planet dalam sistem Suria mengelilingi matahari di atas orbitnya sendiri dan kalau kita perhatikan orbit Pluto dan Neptun,ada 2 titik bersilang dan apa akan jadi andai dua planet ini berada di salah satu titik persilangan itu?

Ya,2 planet ini akan berlanggar dan mengakibatkan ketidak seimbangan dalam sistem Suria. Secara mudahnya,planet-planet lain yang selama ini bergerak di atas orbitnya akan tergelincir dan akan berlanggar antara satu sama lain.

Yang mengejutkan,berdasarkan pengiraan jarak dan kelajuan Pluto dan Neptun,kedua-dua planet ini akan bertembung di titik persilangan sebelah kanan pada 12/12/2012! Apakah ini satu kebetulan atau rekaan pengkaji bagi menakut-nakutkan kita?Ntahlah. Admin pun xtaw jugak.hohoh. Ada sapa2 yang tahu samada hal ini benar atau tidak?


P/S : Urusan kiamat ni ditentukan oleh Allah S.W.T. Manusia hanya mampu merancang,tetapi Allah yang menentukan. Sekiranya benar dunia bakal kiamat, maka marilah kita sama2 mempersiapkan diri menghadapai apa jua yang bakal tiba.:)










Read More »

Friday, January 27, 2012

Unik



Salam blogger. Admin nak tanya korang. Ni anjing,harimau atau panda?Konpius pula.=.=



Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)

Panda Dogs and Tiger Dogs are Popular in China (10 pics)


P/S : X kisahlah anjing,panda atau harimau. Yang penting semuanya comel. Nak belah 1 boleh x?Hohoh
Read More »

Lets fly with Enrich & MAS student Card


Salam blogger. Lama sungguh x update blog ni disebabkan sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar. Akhirnya dapat juga update blog ni bersempena cuti semester selama seminggu ni. Sebelum ni,admin pernah post cerita pasal MAS Student Card. X baca lagi?klik SINI . Beberapa hari yang lalu,admin dah dapat kad original MAS Student Card tu. Bukan tu saja, malah admin juga telah menerima kad Enrich Blue dengan point sebanyak 1000 point. Bukan semua orang akan dapat peluang seperti ni. Kalau korang ada nasib, nanti korang dapatla juga mcm admin.hehe.

     
Enrich & MAS student card admin.^_^

Kelebihan MAS Student Card/grads for student tu admin dah cerita kat SINI . Kali ni admin nak cerita pasal kelebihan kad Enrich ni pula.

Antara Kelebihan Enrich :

1) Penerbangan Percuma - Sekiranya point yang terkumpul telah mencapai  atau melebihi 11000, kita boleh mendapat penerbangan percuba dari pihak MAS

2) Upgrade Kelas - Bermula dari 10000 point, kita boleh upgrade kelas dari Ekonomi ke Bisnes Class tanpa perlu bayar.Dengan 15000 point pula,kita boleh upgrade dari Bisnes ke First Class.

3) Berpeluang untuk memenangi anugerah Golden Lounge dengan 5000 point.

4) Boucar RM 50 - Dengan point sebanyak 3500 pula, kita berpeluang untuk mendapat baucar RM 50 dan boleh digunakan disekitar kedai2 di lapangan terbang seperti coklat,makanan dan sebagainya

Bagaimana menggunakannya?

-Hanya perlu bawa kad ini semasa anda hendak membeli tiket di kaunter. Tunjukkan kedua-dua kad ( grads for student & enrich) dan anda akan mendapat kedua-dua bonus tersebut. Grads for student untuk menerima diskaun harga tiket, manakala Enrich untuk mengumpul point. Point dikira adalah berdasarkan berapa batu jauhnya penerbangan kita. Anda juga boleh menggunakan kad ini semasa membuat tempahan tiket secara ONLINE. Masukkan nombor Enrich seperti yang tertera diatas kad. Contoh MH305......
Mudah sahaja. Tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai apply kad ni.xD


P/S : Kalau ada yang nak tolong admin masukkan nombor Enrich admin time korang nak booking tiket tu pun boleh jugak. Dapatlah point free. Sharing is caring.xD
Read More »

Tuesday, November 22, 2011

Bila boring,apa perlu dibuat?

Salam blogger..B.O.R.I.N.G=BORING. Itulah yang dihadapi admin sekarang ni. Xtawla kenapa boleh boring ni. Terlalu banyak assignment kot sampai boring. Hebat x?Hahah.

Korang taw x apa maksud perkataan boring ni?Boring dari istilah Apeach Blogspot bermaksud satu keadaan dimana kita berada didalam keadaan buntu. Tidak tahu apa yang maw dibuat. Mandi x basah,tidur xlena dan makan x kenyang. (Entah betul atau tidak)

Apa yang korang buat bila boring?Hehe.Ni yang best ni. Admin nak share apa yang admin buat bila admin boring. Jom layan~~~~~~

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Berteriak sini sana
Dengan cara berteriak disini sana,kita akan mengganggu tumpuan orang lain. Dan bila tumpuan orang itu terganggu, maka dia akan berhenti melakukan perkara yang dia sedang buat dan terus me"layan" anda. Dengan cara ini,anda tidak akan bersendirian kerana ada orang yang akan me"layan" anda.:)

2. Bermain games


Ini merupakan perkara yang jarang, kadang-kadang SELALU admin buat bila boring. Admin yakin, semua orang akan bermain games bila boring. Jika dia tidak bermain games....err..MUSTAHIL!!.Mesti main punya.hahah.

3. Dengar lagu

Dengar lagu boleh menghilangkanboring anda. Xkiralah lagu rock,lagu slow,lagu hiphop(asalkan bukan KPOP..lol).

4. Membaca buku yang memboringkan


Dengan membaca buku yang memboringkan,ini akan membawa anda ketahap boring yang melampaui batasan. Apabila anda sampai ketahap ini,maka....................(SILA LIHAT GAMBAR DIBAWAH)


INILAH HASILNYA. Hebat x. Dengan mudah saja boring itu hilang.Kalau mimpi pun mimpu pasal boring, pasrah sajala. Xboleh nak buat apa-apa.Terima dengan hati terbuka.:')

P/S : Blogging sambil buat assignment. (Jangan tiru aksi ini)
Read More »

Saturday, November 19, 2011

True Love

Salam blogger. Semakin hari semakin x seronok seperti dulu. Kenapa? X ada apa-apa. Biar admin ja yang tahu . hehe... Admin nak kongsi sebuah cerita dengan korang. Sangat menyayat hati. :'). 1st sekali nak minta maaf kepada tuan blog ni sebab x minta izin copy paste. Nak minta  keizinan di kotak komen, tapi x dapat buka pula kotak komennya. Untuk pergi ke page original, klik sini. segarr bunny storyy (:


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalammualaikum :)
Heyyhoyy my dearest friends, stalker nd haters.
Sorry cause private blog nd sorry cause tk update.
See my blog ?
Simpleee sangat sangat kn?
Okayy, see my background?
Blue right?
Kayy cun, Warna biru adalah kegemaran arwah faiz.


Rasanyaa semua orang dh tahu pun kn yg aku excident?
Kecoh. Cepat betul trsebar. Lagi lagi kt sekolah.
Hm kayy kejadian berlaku dkt dgn padang sekolah. Luar sekolah okayy babe.
Tp, mcm mcm cerita buruk yg aku dgr dr mulut mulut puaka kt luar sane kn?
Mcm mcm kutukan yg aku terima. Babe, please stopp keep talking bout us.
Korang tk tahu cerita sebenar so pleasee jgn hentam buta mulut korang jee bercerita.
Untungg lhaa aku masih boleh bersabar.

Semua pun tahu Bf aku dh Meninggal Dunia. Kn ?
Al-Fatihah ;'(
Yee, memang ramai trtanya tanya kejadian yg sebenarnya kn?
kayy sebelum bnyk lg cerita tk sedap di dengar sampai kt telinga aku,
sekarang aku ceritaa kn kayy?

29Oct2011 Jumaat : Hari yg arwah busyy sgt dgn kerja dia sampai kiteowg jrg txt nd cll. Sokayy, aku paham kau kerja kn sayangg? Lyouu <3 :*

30Oct2011 Sabtu : Hari sabtuu tuu jugaa pun arwah busyy sampai dia tk sempat nk hantar aku kt rumah wawa dengan alasan dia suruh aku duduk rumah tlg mama buad kerja. Kayy fine aku ikot ckp dia cause dia nk aku jd anak yg dgr cakap ibu bapa. Nice nd good man <3 :* Petang sabtu tuu kn, kepala aku pening nd mlm pulak dlm pukul 9.30 pm aku txt arwah cbb nk ckp kt dia yg kepala aku pening, tambahan lg dgn mata sebelah kiri aku brdenyut bagaikan nadi. Mata kiri aku brdenyut itu tandanya yg aku akan menangis. Hati aku dh tk sedap, aku tahu itu petanda yg sesuatu bakal trjadi dn akn membuatkn aku menangis. Aku abaikan perasaan tuu kejap, Hm arwah tk balas pun txt aku, so aku decide untk tidoo sebab aku tahu dia busyy.

........ Phoneee masih lg dlm genggaman aku masa aku tidoo, tiba tiba aku trsedar cause ada txt masuk from LOVE <3 Akuu bukaaa txt tuu nd isi kandungan txt arwah masa tuu sangat buad hati aku trsentuh. Txt arwah aku baca banyak kali : Where were u syggs , me miss alot . Hope tht we nvr break again . N hope u'r mine until death . Love u vry much . Muahx ! 
........ Txt arwah yg td tuu sgt menyentuh perasaan aku. Ayat wrna biru yg aku highlight kn tuu jugaa petanda kn? Hm yee sayangg, betul ckp awak. sayaa milik awak sampai awak meninggal. Kayy now baru aku paham kenapa dia sembahyang istikharah untuk minta petunjuk siapa jodoh dia,nd akhirnyaa dlm mimpi, dia mimpikn aku. Jd baru aku paham rupa rupa nyaa aku adalah Cinta Terakhir nd Cinta Mati arwah. Aku insan yg trakhir melengkapi dn menyerikn hidup dia. Aku adalah jodoh yg ditentukan oleh Allah SWT untuk dia hingga ke akhir hayat dia.
......... Sabtu hari yg arwah busyy kn? Tp aku sempat ckp kt dia yg aku nk stay one whole day with him pd esok hari nyaa.Tk sangka jugaa itu hari terakhir aku bersama arwah.

31Oct2011 Ahad : Kayyy mcm biasa,aku bangun pagi then txt GoogMorning fr Him. <3 Then kiteowg txt smpai  10.30 am nd lepas txt aku dgn dia terus brsiap nk keluar. 
........Tepat jam 11.15 am aku keluar rumah dgn memaklumkn kt mama yg aku keluar nk jmpe dia nd mama tk marah pun cause mama dh tahu nd restu hbgn kiteowng :) Thnks mama lyouutoo :*
.... Keluar sajaa dr rumah, aku dgn dia bukan terus awayy to Jusco Bukit Indah, tp aku teman dia buadd kerja OT kt restoran mana lagi, restoran tempat dia mencari rezeki. Sementara tunggu arwah siapkn kerja dia, aku makeover diri aku. Aku makeup dpn dia sampai dia trsengih geleng geleng kepala tgok aku nd ckp ' Haisyy, perempuan perempuan, makeup jeee ' Lalu aku trsenyum dn brkata ' Alahh, ma makeup nie untuk pa jee kn ' Hihihi <3
........ Lepas dia siap kerja dlm restoran, kiteowg stay dlm kereta kejapp sementara tunggu Kak Shiela anak tauke kedai bawak brg brg kedai cause dia kene punggah brg brg tu dr keretaa Kak Shiela nd masokkn dlm stor restoran. Kesian tw. Berat btol. Tp, itu kerja dia. Kerja nd rezeki yg halal. Masa arwah angkat barang, aku pakai phone dia sebab nk tangkap gambar muka aku yg serabai masa tuu. Haaa, bnykk tw gambar aku dlm phone arwah. Arwah ckp tk payah delete. Lepas arwah siapkan kerja memunggah barang tu, dia masokk dlm kereta then aku ad snap gambar aku dgn dia sekali. That time muka dia nga trmenung. Maybe. 

...... Masih lg pada tarikh yg sama, lepas uruskn kerja arwah tuu, kiteowg terus pergi rumah dia cause dia nk tuka baju nd seluar. Tp, aku tunggu dlm kereta jee tht time cause aku segan dgn mak dia. Hihi <3
Sebelum gerak Jusco, dia ckp kt aku yg kawan dia, Sunny. Mintaa tolong buad report polis bout something yg aku tk boleh cerita kt sini. Hnya aku, arwah nd tuan punya bdn si sunny tu jee yg tahu. Lepas arwah siap tuka baju, kiteowg terus pegy rumah Sunny. Then Sunny yg bawaa kereta arwah. So, aku kene duduk belakang sorang sorang cause arwah duduk depan teman kawan dia. Hii. Dari pukul 2 sampai pukul 4 kiteowg pusing ke sana ke mari sampai ke bandar kiteowg merayap nk selesaikan kes Sunny. Masa kt bandar, Kiteowg singgah lepak makan kt restoran yasin. Arwah makan dgn selera dn itulah makanan terakhir yg arwah makan sebelum kejadian berlaku.
...... 4.30 pm kiteowg hantar Sunny balik rumah. Then aku dgn arwah pusing pusing kt taman perumahan sebelum pergi Jusco. err kayy, nk diceritakan sebenarnya.. Adaa satu kereta polis peronda kejar kereta kiteowg cause polis tuu ckp kereta kiteowg nampak pelik. Why pelik? Cause kiteowg pusing pusing kt taman perumahan nd tambahan lg, kereta milik arwah nie Cermin nyee gelap. So sebab tuu lhaa polis kejar. Polis igt kiteowg nie perompak. Haisyy --'' Arwah pulaa cuak cause polis tiba tiba kejar then arwah terus pecut kereta laju sampai nk keluar simpang 4, ada sebuah kereta Vios hentam kereta kiteowg bahagian pemandu. Jd, sebab tuu lhaa arwah kene teruk. Kereta Vios tuu langgar tempat pemandu. Aku? Aku trhumban keluar cermin pintu belakang. Kereta kiteowg brpusing smpai brhenti dkt dgn pokok. Ya Allah, Hanyaa DIA sajee yg tahuu betapa sayuu nd sebak nyaa hati aku nie bilaa tgok keadaan arwah yg masa tuu darah keluar melalui telinga kanan nd hidung tnpa brhenti. 5minit kemudian, Ambulans dtg. Aku ikut jugaa dlm ambulans tuu sampai ke hospital.
...... Lebih satu jam arwah dlm Zon Kritikal, then doct panggil aku. Doct ckp mcm mcm kemungkinan boleh brlaku cause arwah mengalami pendarahan dalam otak. Air mata aku tk berhenti keluar :'(

..... Arwah kemudian dilaporkan stabil nd dia koma then dimasukkan dalam I.C.U .. Aku hanyaa sempat melawat arwah kt I.C.U dua hari sahaja.

...... Hari jumaat, aku balik kampung cause Hari Raya Aidiladha hampir tiba. Hati aku sayu nk tinggalkan JB masa tuu. Selama tiga hari aku kt kampung, Hati aku jd tk tenang nd gelisah dgn tiba tiba. Aku tk berhenti sedekahkan Surahhh Yasinn untuk dia .
...... Isnin pagi 7Nov2011, aku brtolak dr kampung ke JB . Dr pagi sampai ke petang aku hanya fikirkn dia.

..... Petang tuuu, aku dpt cll dr kawan dia Bob, bob ckp masa dia melawat arwah tengahari, dia tgok air mata arwah mengalir nd keadaan arwah tiba tiba kembali kritikal. Aku hanyaa mampu brdoa masa tuu cause prjalanan aku masih jauh untuk sampai ke JB .

5minit kemudia, aku dpt panggila dr seorang lelaki, maybe abg ipar arwah. Abg ipar dia suruh aku dtg hospital sekarang untuk bg semangat kt arwah. Airmata aku tk berhenti mengalir. Risaukn keadaan dia :'(
.......  Aku dpt panggilan lg dr Bob, bob ckp ubat dh tk boleh masuk dlm badan arwah nd bila bila masa jee arwah boleh pergi :'(

10minit kemudian. aku dpt panggilan waktu maghrib dr adik arwah. Adik dia ckp: Faiz dh tk ada. :'(
.... Bdn aku tibatiba jd lemah. Kaki aku tk kuat untk brjalan. Hanya airmata yg menceritakan betapa sayu nyee hati aku masa tuu. Aku terus peluk mama :'( Masuk jee dlm surau, aku terus brdoa untuk arwah.

Aku tk sangka, Isnin 31Oct2011 itulah hari terakhir aku bersama dgn arwah :'(
Aku orang trakhir yg dpt brgurau senda dgn arwah.
Aku org trakhir yg dpt brbual dgn arwah :'(
Ya Allah, memang berat dugaan nie.
Tp, aku harus kuat demi dia.
segala brg yg dia bg kt aku, kini tinggal kenangan.

Demi arwah, aku sanggup lepaskan cita cita aku untk menjadi seorang akauntan.
Aku akan sambung sambung cita cita arwah untuk menjadi seorang Guru :')
Aku akan buad dia bangga .
Janji aku pd arwah, akan aku tunaikan.
Aku dh brjanji pd arwah yg aku akan dptkn Ijazah sebelum aku kahwin.
Itu janji trakhir,
Aku haruss mendapatkn Ijazah dn menyambung cita cita arwah sebab aku tahu dia pasti akan gembira.



Sayangg, kite rindu awak :'(

Al-Fatihahhhhh
Semoga arwah ditempatkn dikalangan orang orang yg beriman.
Amin amin amin ...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : Cerita ini diambil dari blog segarr bunny storyy (: .Rupa-rupanya masih ada lagi cinta sejati di dunia ni. Memang sangat terkilan baca kisah benar ni. Jadi pengajarannya, hargailah orang TERSAYANG anda sementara dia masih ada. :)
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...