Followers

Wednesday, June 11, 2014

Wordless Wednesday #1 Jadual Piala Dunia 2014 - World Cup 2014 Brazil

Assalamualaikum.

Tahun ni aku sokong Spain. Go Spain! Korang sokong apa pulak? Jom share team korang.


Read More »

Tuesday, June 10, 2014

Pengalaman Sebagai Pelajar Multimedia

Assalamualaikum


Selamat pagi kawan-kawan. Entri kali ini aku buat sebab baru-baru ini ada 3-4 orang kawan blogger yang tanya pasal Multimedia ini. Ok entri ini khas untuk korang. Sila beri perhatian. Cikgu nak mengajar ni. Hahah :p.Okey. Aku cerita sedikit tentang macamana aku boleh dapat kos Multimedia ni,

Aku pelajar akaun. Dari sekolah menengah aku belajar akaun. Minat sangat dekat subjek ni. Then dapat tawaran masuk Kolej Matrikulasi Labuan (KML) subjek akaun jugak. Rasa bersyukur sangat. Selepas habis setahun di KML, aku buat keputusan untuk ambil subjek Akaun di Universiti Malaysia Sabah (UMS). UMS jadi pilihan pertama aku semasa buat pemilihan universiti tu. Selepas 2/3 bulan tunggu keputusan, aku xdapat UMS tu. Sebaliknya dapat UTeM dengan kos Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ( Media Interaktif). Masa tu aku memang sangat kecewa, tapi apakan daya. Semuanya Allah dah tetapkan. Kun fayakun. Aku reda dan yakin pasti ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi. 

Ni aku share sikit gambar masa dekat KML. Bersama roomate di hostel. Cuba teka aku yang mana? Hahah!

Beberapa bulan selepas tu, aku menjejakkan kaki ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bermulanya satu cerita baru dalam hidup aku sebagai seorang mahasiswa selama 3 tahun. Macam-macam pengalaman manis dan pahit aku alami. Disana, aku bertemu kawan-kawan yang sangat memahami, kawan-kawan yang mengajar erti persahabatan, kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan. Terima kasih sangat kawan2. Ukhwah fillah selamanya :). 

Inilah antara kawan-kawan dan classmate aku sepanjang berada di UTeM. Rindunyaaa T_T


Exam pertama di UTeM di dewan besar. Bergambar seolah2 dekat oversea.Hahah!


Jamuan raya UTeM


Lawatan BITM


BITM Dinner Night

Tu lah antara gambar dan pengalaman semasa di UTeM. Eh hampir keluar topik. Excited sangat nak share cerita di UTeM. Hahah. Ok berbalik kepada topik asal. Pengalaman sebagai pelajar Multimedia. Apa yang aku belajar dalam Multimedia ni? Aku belajar macam-macam. Aku belajar programming seperti C++, Java, SQL. Tapi yang ini bukan subjek teras dalam Multimedia. Xsemua universiti menawarkan subjek Multimedia yang ada programming (rasanya). So kira beruntung jugakla boleh belajar benda lain.hehe. Selain programming, aku juga belajar tentang computer security, subjek matematik, hubungan etnik dan lain-lain subjek lagi.


Salah satu aktiviti dialam lab. Buka dan pasang komputer. Ni buat-buat terer jaa.hahah

Subjek utama dalam Multimedia yang aku minat ialah, Animation, Graphic Design, dan Audio Video. Animation, atau dalam bahasa Melayu, animasi, sangat best! Ada dua jenis animasi. 2D dan 3D. 2D tu macam cerita Doraemon, Justice League dan kartun-kartun yang hanya berunsurkan 2 dimensi. 3D pulak ialah kartun yang hampir real atau berunsurkan 3dimensi seperti Upin-Ipin,Boboiboy dan The Croods. Mesti korang pernah dengar pasal semua kartun tu kan. Dekat UTeM tu kami diajar macamana nak buat macam kartun-kartun 2D dan 3D tu. Tu yang aku cakap sangat best. Hehe.


Ini Projek Sarjana Muda atau FYP aku. 3D Taekwondo. Tapi animasi xpower sangat.Hahah

Lepas tu aku belajar tentang audio dan video. Yang ni pun boleh tahan best jugak. Pensyarah UTeM ajar kami macamana nak edit video menggunakan software video editor yang diorang suggest untuk kita guna. Seperti Adobe After Effect dan Adobe Premiere. Kalau korang boleh menguasai software ni dan ada idea untuk buat filem yang bagus, Alhamdulillah memang senang mencari rezeki. Hehe. Semasa tahun 2 dekat UTeM, aku ambil subjek Bengkel 2. Task subjek ni ialah buat satu video yang ada unsur 2D/3D. So, selama 6 bulan, aku dan kawan-kawan berusaha menyiapkan video. Sepanjang buat video, kitaorang menjadi semakin rapat. Yang xkenal jadi kenal. Benci jadi sayang. Eh? Hahaha. Ni gambar sepanjang shooting untuk menyiapkan video bengkel 2 :)

Selepas present Bengkel 2. Bersama kakak-kakak senior yang comel dan cantik :)


Pinjam anak orang untuk jadi pelakon. Hahaha

My group untuk Bengkel 2. Semua sporting dan baik. Enjoy sangat dengan korang. Thanks :)

Last sekali belajar design. Pensyarah ajar kitaorang edit gambar guna Adobe Photoshop. Ajar buat design dan logo guna Adobe Illustrator. So bagi kawan-kawan blogger yang suka buat doodle, edit blog dan buat kartun tu, boleh guna software-software tu. Hehe

Panjang lebar cerita. Kalau boleh nak cerita panjang lagi, tapi takut korang boring pulak. Hahahah.
So, kepada kawan-kawan blogger, Ana Lee, Hafiz doakan semoga Ana dapat IPG tu. Incase tiba-tiba Ana berminat dan nak ambil semula Multimedia tu, bolehlah taw sikit2 tentang Multimedia ni kan. Dan kepada WawaSiara Elina dan kawan-kawan blogger yang lain yang berminat pasal Multimedia ni, boleh baca dekat sini. Nak bagi korang jeles ni (sorry gurau). Hahaha. Sekian sampai disini. Maaf aku xterer buat ayat. Heheh. Jumpa di entri akan datang. :)

Read More »

Thursday, June 5, 2014

Mengenal Autodesk Maya

Assalamualaikum

Selamat malam. Alhamdulillah datang juga mood untuk buat entri kedua ditahun 2014 ni. Hahah. Kali ni aku nak share pasal salah satu software yang korang boleh guna untuk buat 3D animation ataupun 3D modelling, iaitu Autodesk Maya. Pernah dengar pasal software ni x? Software ni merupakan salah satu software yang paling popular digunakan untuk membuat 3D animation pada masa kini selain daripada beberapa software yang lain seperti Blender, 3DSMax dan Cinema4D. Xtahu apa itu 3D? Ok contoh cartoon 3D ialah The Croods, Upin Ipin dan Boboiboy. Contoh cartoon 2D ataupun cartoon biasa ialah Justice League, doraemon dan detective conan. Dari situ rasanya korang dah boleh nampak perbezaannya kan? 


Ini ialah cartoon the croods. Bagi aku, ini merupakan 3D animation yang paling TERBAIK setakat ini. Wajib tengok. hehe

Ini pula doraemon dalam 2D. Salah satu cerita yang best jugak. Tapi xlama lagi akan ada doraemon versi 3D pulak. Can't wait!


Ok sekarang jom tengok salah satu software yang boleh digunakan untuk membuat 3D animasi tu. Memperkenalkan, Autodesk Maya.


Ini ialah Autodesk Maya 2014

Version terbaru Autodesk Maya ialah Autodesk Maya 2015. Tapi aku suggest kalau nak guna, guna 2014 punya. License boleh dapat dengan cara mendaftar dilaman web Autodesk. Nanti diorang akan bagi serial number untuk mengaktifkan software tu. Jom tengok apa yang ada dalam Autodesk Maya ni.

Ini ialah laman utama Autodesk Maya 2014. Macam-macam korang boleh buat kalau berjaya menguasai software ni. 

Office equipment. Ini 3D model yang pernah aku buat menggunakan software ni. Untuk assignment Virtual Reality masa dekat UTeM. Model ni disiapkan dengan bantuan 3orang kawan aku yang lain.

Dan inilah hasilnya selepas dirender. Heheh. 

Aku malas nak tunjuk cara buat. Sebab agak lama jugak. Kalau guna video senang sikit. Hahah. Tapi xpa. Next entri aku akan ajar basic tools didalam software ni. So, apa pendapat korang tentang Autodesk Maya ni? Awesome kan. Bagi aku sebagai seorang pelajar Multimedia, ianya memang sangat awesome. Sekarang ni aku dan kawan-kawan sedang menyiapkan satu projek "RAHSIA" yang dijangka boleh mengalahkan Upin Ipin. (kononnya). Hahah! Doakan aku dan kawan-kawan aku. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, x begitu? ;). Itu saja untuk entri kali ini. Andai ada tersilap kata, maafkan aku. See you later. Assalamualaikum =D

Read More »

Monday, June 2, 2014

I'm back

Assalamualaikum

I'm back. Itulah kata-kata pertama yang dapat aku katakan. Setelah 2 tahun menyepi dari dunia blogging, akhirnya kembali juga ke sini. Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah, kalau x kenasi. (xda kaitan). Hehe. Rasa macam xpercaya pula tiba-tiba tergerak hati untuk buka blog ini. Sebelum ni aku ada domain, tapi dah xaktif da sebab xbayar. Hahah!. InsyaAllah selepas ini akan bergiat kembali dalam dunia blogging ni. Kepada kawan-kawan blogging yang lain, Nad, Fatin, Fakrul, Mizi dan lain2, siap sedia serangan blogwalking dari aku lepas ni. Hahah. Itu saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi di entri akan datang.



Admin yang latest. Rindu wajah budak-budak yang comel dulu. Hahaha

Read More »

Saturday, February 25, 2012

Mengatasi masalah putus cinta


Salam blogger. Melupakan kekasih lama bukanlah satu perkara yang senang terutama jika ianya adalah satu perasaan cinta yang sangat tinggi antara kedua-dua lelaki dan wanita tersebut dalam kata lain,cinta sejati. Hubungan kasih sayang,cinta yang pernah dijalinkan dahulu memang agak sukar untuk dilupakan.  Memang sukar untuk kita mencari pengganti yang baru. Kalau ada pun,tidak mustahil perasaan terhadap kekasih lama itu masih ada walaupun sedikit sekiranya cinta yang dialami dahulu ialah cinta sejati.

 Kita harus bersedia menghadapai masalah putus cinta ini apabila ianya berlaku. Kalau dulu, kita sering menghabiskan masa bersama dengan dia. Kita sering berbual-bual dengan mesra melalui telefon Kita sering bermain pesanan ringkas (SMS) setiap hari. Kita sering keluar bersama. Dia menjadi tempat untuk kita meluahkan perasaan. Tapi kini semua sudah berlalu dan kita haruslah tabah menghadapinya. Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah putus cinta ini yang disyorkan oleh kawan-kawan Apeach dan Apeach sendiri. Harap ianya dapat membantu anda.:)

1. Mencari pasangan lain
Dengan mencari pasangan lain, kita pasti boleh melupakan dia sedikit demi sedikit walaupun mengambil masa yang agak lama. Hal ini mungkin sukar bagi wanita kerana wanita adalah jenis yang setia dan sukar untuk lupakan bekas kekasih yang sangat dicintainya.

2. Lupakan kenangan bersama sidia
Jangan diungkit atau difikirkan kembali kenangan dulu yang boleh membuatkan kamu teringat pada dia. Cuba untuk hindarkan diri daripada terus fikirkan dia. Buang segala gambar-gambar,SMS atau barang dia yang ada pada kamu. Mungkin ini agak keterlaluan kerana kita dianggap tidak menghargai pemberiannya,tetapi tindakan ini tidak salah sekiranya benda itu terus membuatkan kita teringat pada dia.

3.Menerima hakikat untuk kehidupan yang berbeza
Selepas berpisah dengan dia, kehidupan memang akan berubah sepenuhnya. Kalau dulu kita sering berbual-bual dengannya,kini kita hanya bercakap sendiri sahaja. Kalau dulu kita sering keluar bersama dengannya,kini kita hanya keluar bersendirian sahaja.Kalau dulu kita sering bermesej-mesej dengan mesra dan meluahkan perasaan padanya,kini kita hanya menunggu mesej dari dia yang tidak akan sampai-sampai dan simpan sendiri perasaan itu. Hal ini memang sering terjadi. Oleh itu,cuba untuk hindarkan dan bersedia untuk menerima hakikat

4.Luahkan perasaan kepada rakan-rakan
Sekiranya kamu mempunyai sesuatu yang hendak diluahkan contohnya perasaan sedih,marah dan sebagainya,jangan cari sidia! Sebaliknya luahkanlah kepada rakan-rakan yang sering berada disisi anda dan juga merupakan penderngar setia anda.

5.Berhenti membandingkan
Jangan sesekali membandingkan situasi anda dengan situasi orang lain. Hal ini hanya akan menyebabkan kedua-dua pihak saling bermusuhkan kerana ia mungkin akan mengundang kemarahan dan menyebabkan sidia bertambah sedih. Jangan sampai bermusuhan dengan dia. Sebaik-baiknya adalah berkawan seperti biasa dengan dia.

6.Fikirkan masa depan
Tiada gunanya terus mengharap pada yang tak sudi. Ibarat bertepuk sebelah tangan. Perbuatan ini cuma akan menyebabkan kita terus bersedih sendiri sedangkan dia disana sedang bergembira. Fikirkanlah masa depan anda. Sekiranya benar dia ialah jodoh kita, pintu hatinya pasti akan terbuka semula suatu hari nanti untuk menerima kita semula. Sekiranya bukan, kita pasti akan mendapat seseorang yang lebih baik daripada dia.

7.Solat bagi yang muslim
Solat adalah cara yang terbaik untuk melupakan sidia. Bermohon kepada Allah S.W.T supaya tabahkan hati kita untuk menerima dugaan yang telah diberikanNya. Membaca Al-Quran boleh membuatkan hati kita berasa tenang dan mendekatkan diri kepadaNya. Amalkan doa ini setelah selesai solat.


Itu sahaja yang Apeach dapat share dengan korang. Akhir sekali nak share kata-kata dari seorang kawan.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita =) "




Read More »

Saturday, February 4, 2012

Kontroversi Khairul Fahmi

Salam blogger. Korang semua mesti kenal Khairul Fahmi kan?Ala. Penjaga gol Malaysia yang makin "hot" sekarang ni. Mesti ramai juga yang tahu Khairul Fahmi bercinta dengan seorang pelajar perempuan UiTM yang juga berasal daripada Kelantan yang bernama Dahlia Teck. Memang jelas sangat dorang bercinta,terutamanya selepas Dahliah Teck membuat kejutan parti harijadi Khairul Fahmi dulu dan melihat dorang bermesra. 


Baru-baru ni, kita semua dikejutkan dengan khabar angin (xtawla betul atau x) yang Khairul Fahmi sudah putus cinta dengan Dahlia Teck untuk bercinta dengan seorang perempuan bernama Leuniey yang juga berasal daripada Kelantan. Apa yang menjadikan cerita ini semakin "hot" ialah perempuan bernama Leuniey yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi ni sudah bertunang, tetapi sanggup memutuskan pertunangannya. Gosip mengatakan bahawa punca dia memutuskan pertunangannya adalah untuk bersama dengan Khairul Fahmi. Huh! Betul atau tidak? Admin sendiri tidak tahu. Seperti biasa, ini hanya khabar angin dan gosip-gosip. Jangan percaya sepenuhnya. Mari kita lihat perkembangan dan kontroversi penjaga gol negara, Khairul Fahmi ni.

1. Kisah pertunangan Khairul Fahmi dengan JejariRuncing. Admin rasa JejariRuncing ini lebih sesuai dengan Khairul Fahmi.xD
2. Bercinta dengan Dahlia Teck. Buat surprised party and all. Khairul Fahmi seems in love with her so much!
3. Tak lama lepas tu, keluar gambar mesra Apek dengan seorang minah montok dalam internet.
\
4. Sekarang dengan Leuniey, perempuan sudah bertunang tapi putus, jaga butik pengantin. – kalau gossip ini betul la.
Credit to : Tokobakso
P/S : Forever alone.T_T
Read More »

Friday, February 3, 2012

L.O.V.E

Salam blogger. Apeach sedang merajinkan diri untuk mengupdate entri yang bukan-bukan ni. Biasalah,nak ambil hati Encik Nuffnang.Dari dulu lagi berkenalan dengan Encik Nuffnang ni,tapi kenapala engkau kedekut sangat Encik Nuffnang ooiii!!!Jom layan~

L.O.V.E atau lebih dikenali sebagai CINTA. Semua orang pernah merasai perasaan cinta ni. Perasaan cinta ni ada banyak jenis. Cinta terhadap binatang, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap rakan-rakan dan cinta terhadap pasangan. Kalau korang xada perasaan cinta ni, maksudnya korang x normalla tu. Hehe

LOVE

Cinta terhadap binatang

Cinta terhadap keluarga

Cinta terhadap rakan-rakan

Perasaan cinta ialah satu perasaan sayang yang datang dari dalam hati kita. Bagi binatang,keluarga dan rakan-rakan,perasaan cinta diistilahkan sebagai perasaan sayang antara satu sama lain. Bagi pasangan pula(lelaki dan perempuan),perasaaan cinta ni ialah satu perasaan sayang yang datang dari dalam hati kita,percayakan dia,ambil berat tentang dia,sedia berkorban apa sahaja untuk dia,sanggup berubah untuk dia,sedia mendengar segala luahan hati dia,sentiasa teringatkan dia,tidak kisah tentang keburukan dia,boleh menerima dia seadanya dan saling suka antara satu sama lain.(Berdasarkan pengalaman Apeachla.^^)


Cinta terhadap pasangan

Perasaan cinta ni akan datang dengan sendirinya apabila tiba masa yang sesuai. Cinta tidak mengenal agama,kaum,status,taraf dan jantina. Jadi, bersiap sedialah menerima apa saja yang berlaku bila korang diserang perasaan cinta ni,terutamanya putus cinta.>.< .Ok setakat tu saja nak share dengan korang. Enjoy gambar dibawah.Sekian~






P/S : I miss you!!!!!!!!!!!!
Read More »

Thursday, February 2, 2012

Menghina Sabah?

Salam blogger. Hari ini, ada isu panas di Facebook & Twitter tentang seorang gadis yang menghina negeri Sabah. Cuba tengok gambar dibawah ni.



Kebanyakan orang mesti marah dan mmemaki  gadis  tu bila nampak status macam ni kan terutama orang Sabah. Well,Apeach sendiri juga fikir buruk tentang  gadis  ini setelah nampak status ni. Tapi,pernahkah korang terfikir samaada perkara ini benar atau tidak? Sebelum tu,cuba tengok gambar-gambar dibawah.





Apa pendapat korang setelah nampak gambar-gambar tersebut? Ternyata, kita sudah tersalah sangka terhadap  gadis  tersebut. Oleh itu, jangan buat kesimpulan berdasarkan sekali pandang sahaja. Renung-rengunkanlah.^_^

P/S :  Apeach memang marah juga bila nampak status girl tu. Macam nak terajang pun ada.Hahah!



Read More »

Tuesday, January 31, 2012

Header Percuma Dari Cik Diana

Salam blogger. Korang sihat x? Hehe. Kali ni Apeach nak tunjukkan header baru Apeach ni. Tengokla kat atas tu. Cool x?hahah. Kalau x cool bagi korang, tapi bagi Apeach sangat COOL ok! Header ni bukannya Apeach buat sendiri pun. Nak tahu x cmana Apeach boleh dapat header cool ni. Hehe. Ok. Ceritanya macam ni. Sedang Apeach sibuk bermain FACEBOOK , Apeach ternampak status ni.


Dengan lajunya Apeach minta tolong buat header untuk blog Apeach ni. Free lagi tu! Tapi, tempoh free ni hanya seminggu sahaja. Lepas ni mungkin akan dikenakan caj sebanyak RM 3. Lebih murah berbanding kebanyakan blog yang menjual dengan harga sebanyak RM 5. So, korang tunggu apa lagi? Murah saja. Hanya dengan RM 3, korang dah boleh dapat header yang cun-cun macam ni. Cuba tengok gambar di bawah ni.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Ini adalah contoh-contoh header yang dibuat oleh cik Diana. Semuanya cantik bagi Apeach. Tapi Gambar 1 tu yang menjadi pilihan Apeach. Hehe. Kalau  korang berminat nak buat tempahan header dengan cik Diana   ,korang bagitawla dia sendiri. Ni Apeach bagi link blog cik Diana .


P/S : Kepada cik Diana , thanx sangat untuk header yang cool ni. Sory kalau susah-susahkan cik Diana. xD

Read More »

Saturday, January 28, 2012

Tarikah Kiamat?

Salam blogger. Sebelum ni,korang mesti pernah dengarkan kebanyakan orang mengatakan dunia akan kiamat pada 2012. Para saintis jugak meramalkan matahari akan pecah pada 2012. Korang percaya?Kalau admin ni, memang x percaya langsung. Banyak orang yang percaya. Sehinggakan ada 1 agensi yang menawarkan tiket berpindah ke planet lain.Hahah! Nak pindah ke mana lagi?Ada ka planet selain planet bumi ni yang manusia boleh tinggal. Setahu admin, hanya bumi saja yang boleh didiami oleh manusia. Xtawla pula kalau dorang ni terjumpa planet baru dan merahsiakan dari semua pihak. Korang cuba tengok di bawah ni.


Sistem Suria

Sepertimana yang kita tahu,setiap planet dalam sistem Suria mengelilingi matahari di atas orbitnya sendiri dan kalau kita perhatikan orbit Pluto dan Neptun,ada 2 titik bersilang dan apa akan jadi andai dua planet ini berada di salah satu titik persilangan itu?

Ya,2 planet ini akan berlanggar dan mengakibatkan ketidak seimbangan dalam sistem Suria. Secara mudahnya,planet-planet lain yang selama ini bergerak di atas orbitnya akan tergelincir dan akan berlanggar antara satu sama lain.

Yang mengejutkan,berdasarkan pengiraan jarak dan kelajuan Pluto dan Neptun,kedua-dua planet ini akan bertembung di titik persilangan sebelah kanan pada 12/12/2012! Apakah ini satu kebetulan atau rekaan pengkaji bagi menakut-nakutkan kita?Ntahlah. Admin pun xtaw jugak.hohoh. Ada sapa2 yang tahu samada hal ini benar atau tidak?


P/S : Urusan kiamat ni ditentukan oleh Allah S.W.T. Manusia hanya mampu merancang,tetapi Allah yang menentukan. Sekiranya benar dunia bakal kiamat, maka marilah kita sama2 mempersiapkan diri menghadapai apa jua yang bakal tiba.:)










Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...